Resepi Teriyaki Ayam (Teriyaki Chicken)







 Perkataan teriyaki berasal dari perkataan teri yang bermaksud bersinar (kerana mengandungi gula), dan perkataan yaki iaitu dibakar atau dipanggang. Sewaktu sedang membuat teriyaki, bahan-bahan makanan yang akan dipanggang dicelup dan diperap dengan sos teriyaki buat beberapa kali hingga betul-betul masak. Di Jepun, bahan yang banyak dipakai dalam masakan teriyaki adalah ikan yang yang banyak daging (tongkol, makarel, trout, marlin), sedangkan di luar Jepun digunakan berbagai jenis daging (ayam, lembu, sotong).

Masakan Jepun sememangnya cukup popular di negara ini. Maka tidak hairanlah menu dari negara matahari terbit itu begitu mudah didapati di mana-mana saja.

Hidangan seperti sushi, teppanyaki dan teriyaki antara yang sering kita dengar, malah hidangan ini seakan-akan sebati dengan jiwa kebanyakan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Resipi ayam teriyaki yang berasal dari pengaruh masakan Jepun misalnya, amat mudah disediakan dan boleh dikatakan kebanyakan restoran juga menawarkan hidangan ini kepada pelanggan.

Teriyaki membawa maksud daripada dua gabungan perkataan iaitu ‘teri’ bermaksud kilatan proses karamel gula dalam sos perapan dan ‘yaki’ pula bermaksud cara memasak dengan memanggang atau menggoreng.

Masakan ini biasanya dihidangkan dengan nasi putih saja dan tanpa gabungan lauk yang lain pun ia sudah membuka selera.

Resipi teriyaki asal terdiri daripada gabungan sos soya dan sake (sejenis wain Jepun daripada beras) ataupun mirin. Bagaimanapun, masakan ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian masyarakat Malaysia, terutamanya orang Islam. Sake biasanya digantikan dengan cuka makan atau jus lemon.

Untuk menjadikan masakan ini lebih berkhasiat, seelok-eloknya gunakan pelbagai jenis sayuran di samping ayam.

-------

Resepi Teriyaki Ayam

Beberapa ketul ayam bahagian isi

(lagi sedap guna isi bahagian peha atau kepak)

Parutkan satu inci halia

Beberapa sudu sos teriyaki

 

Cara membuatnya

(1) Bersihkan ayam, cucuk dengan garfu sikit. Gaulkan dengan halia yang diparut dan sos teriyaki. Perap beberapa jam

(2) Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan ayam dengan bahagian kulit ke bawah. Masak sehingga permukaan bawah berwarna keperangan

(3) Terbalikkan dan masak dengan keadaan bertutup selama beberapa minit.

(4) Buka dan sapukan baki sos ke permukaan ayam. Kalau guna berus pun elok. Biarkan beberapa ketika. Dan boleh diangkat dan hidangkan.

 

------











Comments