Japanese Halal Miso 1 Set (Miso Paste, Wakame, Kelp) Miso Sup Jepun Complete Set
Vegetarian Sahaja bagi yang mengalami masalah ini :
1. Alergi Makanan Laut
2. Elak MSG (monosodium glutamate)
*Alert : Selepas miso sampai, sila simpan dalam peti sejuk di tempat biasa dan bukan tempat beku. Sama seperti simpan pes tomyam.
*Alert 2 : Untuk penghantaran lebih 2x secure, lebih kepuasan hati, DISARANKAN Purchase XtraBubble untuk ketahanan bekas miso anda dari pecah semasa penghantaran.
400gm Miso Paste
40gm Wakame
50gm Kelp / Konbu
Set miso ini boleh dibuat sebanyak 20 kali..
Kiraan : Jika makan di restoran, 1 mangkuk rm8,
Rm8x20 kali = perbelanjaan anda di restoran sebanyak rm160
Jadi, bila anda membuat pesanan set miso ini, anda akan jimat banyak.. dan mudah bukan masakannya? :)
Resepi Sup Miso
Bahan-bahan untuk membuat kuah/sup :
4–5 cawan air
3-4 helai besar kombu (rumpai laut tebal kering)
secubit wakame (rumpai laut halus kering)
1 cawan cendawan pilihan *
½ cawan tauhu, potong dadu
4–5 sudu besar miso
Daun bawang yang dihiris, untuk hiasan
Cara membuat:
1. Pertama, sediakan rumpai laut. Sekiranya anda mempunyai masa, biarkan kelp/kombu rendam dalam air yang telah dimasak selama mungkin untuk rasa maksimum. Rendam wakame dalam bekas cawan berisi air yang berasingan selama kira-kira 5 minit atau lebih, sehingga lembut.
2. Rebus kelp/kombu dengan air masak tadi sehingga mendidih dalam periuk sederhana. Masukkan cendawan dan biarkan mendidih selama 2-3 minit tambahan, kemudian matikan api.
3. Setelah air berhenti mendidih, masukkan pes miso. Masukkan sedikit kuah ke dalam senduk sup, kemudian gunakan sepit chopstik untuk melarutkan pes miso sedikit2 ke dalam kuah sebelum menambah sup yang lain.
Penting untuk menambahkan pes miso sedikit-sedikit untuk melarutkan dalam kuah. Jika tidak, anda akan mendapati pes miso tidak larut dengan elok.
4. Masukkan tauhu dan wakame anda ke dalam periuk, kemudian kacau perlahan. Bahagikan sup ke dalam mangkuk, hiaskan dengan daun bawang, kemudian hidangkan dan nikmati.

Comments
Post a Comment